Nak Kawen Cincai? Ini bukan seperti membeli pisang borong~~
Perancangan harus di atur sekurang2nya~~
12 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
1. Pertunangan
Majlis Pertunangan adalah tapak permulaan bagi pasangan itu membuat persediaan untuk mendirikan rumahtangga. Pertunangan juga membolehkan pasangan itu berkenalan antara mereka mengikut adad kita sebagai orang Islam dan juga, ia menandakan bahawa tali ikatan itu akan sesungguhnya membawa ke jinjang pelamin kelak, insyaAllah.
Khidmat yang diperlukan untuk Majlis Pertunangan:
Gubahan
Bus/Transport
Kameraman/Videographer
2. Kursus Rumahtangga
Setelah bertunang, kini tiba masanya untuk pasangan itu mengambil kursus rumahtangga. Registry of Muslim Marriages memerlukan sijil ini sebelum pasagan itu diakad nikahkan. Jadi, lebih baik kalau kursus itu di ambil awal-awal, supaya nanti tidak kesibukan bila sudah hampir hari persandingan. Kursus rumahtangga ini amat berguna sekali. Ia menerangkanhak sang suami dan juga hak si isteri, dan juga teladan yang patut dicontohi agar rumahtangga yang dirikan berkekalan.
3. Kumpul Wang
Ini yang paling penting. Bagaimanakah kedudukan kewangan anda sekarang.Bagus? Kalau bagus, anda boleh bersanding minggu hadapan...hehehe..gurauaje! Tetapi kebanyakan pasangan, sekarang lah masanya kita tinjau kembalikedudukan kewangan kita. Ongkos perkahwinan adalah seperti berikut:
Hantaran $6000.00
Makanan $4000.00
Kerusi Meja $600.00
Hadiah-hadiah $3000.00
Mak Andam $1200.00
Hiburan
$400.00
Hadrah $200.00
Kameraman $500.00
Videographer $500.00
Total $16,400.00 Ini adalah 'estimate' sahaja. Mungkin lebih dan juga mungkin kurang dari ini. Jika simpanan anda kosong dan anda ingin bersanding setahun dari sekarang, ini bermakna anda harus simpan ($16,400/12 = $1366) sebulan.
**Tapi jangan cemas, ada ongkos yang di atas hanya dibayar selepas hari bersanding. Ongkos bagi kerusi, kameraman, videographer, mak andam(kecuali deposit) hanya akan dibayar selepas majlis. Kebanyakkan tukang masak juga hanya mintak 'duit pasar' sebelum majlis and yang baki selepas majlis. Jadi tolak itu semua, anda hanya perlu simpan:
Hantaran $6000.00Jadi anda perlu simpan setidak-tidaknya $950.00 sebulan jika simpanan anda itu kosong.
Makanan(duit pasar) $2000.00
Hadiah-hadiah $3000.00
Mak Andam $200.00
Hadrah $200.00
Total $11,400.00
**Ini pun belum kira belanja yang kecil-kecil, seperti keretapengantin dan hiasanya, bas dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada banyak'sponsor', tak lah perit sangat.
ps:"Market Rate" untuk wang hantaran sekarang adalah antara $6000 - $8000(wang hantaran sahaja,tidak termasuk perbelanjaan yang lain2). Jangan taruk harga tinggi sangatlah...nanti pengsan pengantin lelaki.
4. Daftar nikah
5.Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
Setelah ditetapkan hari pernikahan dan persandingan, kini tiba masa yang paling genting bagi pihak pengantin perempuan. Memilih Mak Andam! Disiniada dua categori mak andam yang boleh dipilih:
Mak Andam Professional.
Mak andam dalam kategori ini kebanyakannya mempunyai 'Bridal Studio' Pengantin boleh memilih dan mencuba pakaian mereka di studio ini. Mereka juga memberi khidmat fotografi dan videografi dalam satu package. Harga mereka agak mahal sedikit dan pada hari bersanding nanti, mungkin penolong mereka yang akan mengandamkan pengantin itu. Tetapi anda boleh menerima servis and 'profesionalism' yang lebih baik.
Mak Andam Part-time.
Mak Andam yang seperti diatas tak punya studio, namun begitu, perkakas dan pakain mereka juga cukup lengkap. Mereka mengambil upah melalui tempahan (booking) dan selalunya boleh dihubungi melalui recomendasi teman dan kenalan. Nama mereka tak ada di Yellow Pages. Mana pengantin yang tempah mereka dulu, di dulukan, kerana mereka memberi khidmat itu sendiri. Lantas, mak andam yang seperti begini harus di tempah eawal-awal mungkin, jika mak andam itu memang terkenal.
6. Tempah Tukang Masak, Kerusi & Meja.
Yang penting sebelum menempah tukang masak, pengantin seharusnya sudahtentukan berapa para jemputan yang ingin di jemput. Ini supaya tukang masak dapat memberi anggaran yang tepat dan jumlah wang belanja yang diperlukan. Bila membuat tempahan, tanya soalan berikut:
Berapa harga sehidang di majlis ini?
Berapa wang pendahuluan dan bilakah bayaran nya?
Adakah pinggan, khemah, kerusi dan meja di dalam pakej?
Berapa harga sehidang di majlis ini?
Berapa wang pendahuluan dan bilakah bayaran nya?
Adakah pinggan, khemah, kerusi dan meja di dalam pakej?
7. Siapkan nama para Jemputan
Siapakan senarai bagi para jemputan. Ini harus dilakukan supaya kita tidakterlupa untuk menjemput saudara yang dekat atau pun jauh dan juga sahabat handai. Senarai ini juga boleh dibuat sebagai anggaran bagi tukang masak. Contoh di bawa ini boleh digunakan bagi menyiapkan senarai seperti berikut:
Adik Beradik
Saudara Sebelah Ayah
Saudara Sebelah Ibu
Saudara Sebelah Datuk
Saudara Sebelah Nenek
Rakan Sekerja
Rakan Pihak Lelaki
Adik Beradik
Saudara Sebelah Ayah
Saudara Sebelah Ibu
Saudara Sebelah Datuk
Saudara Sebelah Nenek
Rakan Sekerja
Rakan Pihak Lelaki
Rakan Sekolah
Jiran tetangga
Walaupun kad hanya di edarkan kepada ketua keluarga tetapi kita harus kirasetiap kepala yang bakal hadir. Istilahnya, kalau keluarga Ali itu terdiri daripada empat orang, maka kita harus senaraikan jemputan bagi keluarga Aliitu untuk empat orang, tetapi kad yang di layangkan hanya satu buatkeluarga Ali. Ini penting supaya kita tidak salah anggar untuk sediakan hidangan. Ingat!..menghidangkan para jemputanlah yang paling utama dalammajlis persandingan. Kalau tak cukup makan atau tak sempurna layanan kita..habislah majlis ini jadi buah percakapan orang.
8. Tempah Kad Jemputan
Kad jemputan ada bermacam macam bentuk dan rupa. Ada yang sekarang berbauharum pula. Tapi makin harum, mestilah mahal sedikit. Bajet untuk kadjemputan sepatutnya di beri peruntukan yang kecil, kerana pada akhirnyananti, kebanyakan kad jemputan itu akan dibuang juga. Jadi, janganlah membazirkan wang yang sangat-sangat diperlukan itu.
9. Tempah Kumpalan Hadrah dan Kendarat
Bagi pengantin lelaki, kumpulan hadrah juga amat penting bagi menjayakan majlis. Ia sama pentingya dengan tok kadi, kalau tak ada hadrah, nampak pincang. Kumpulan Kendarat
(org swak madah "cdak seberkas")pula boleh meringankan tugas saudarasaudara dan sahabat handai melayan tetamu. Kumpulan kendarat juga, denganpengalaman mereka, boleh memberi beberapa pertunjuk tentang 'tablearrangement' dan sebagainya.
Checklist:
Pertunangan
Kursus Rumahtangga
Kumpul Wang
Daftar diri diROMM
Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
Tempah Tukang Masak/Kerusi & Meja
erin..aku baruk siap cgek jak...pertunangan..ehehe
ReplyDeletemun cemtok,nex yer bulan 5 bok ku kawen..
haaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~
perfect!!!
ReplyDeletemun ikut apa yg di tulis d atas tok,insyaAllah..semua akan bjalan dgn selancar2nya..
p/s: dak dokumen2 jgn ada yg ttinggal.pengesahan bujang dara..hehehe! penting ya..aku dolok stuck kat borang pengesahan bujang sbb blum d sain penghulu..cehhh!! nasib last2 dapat settle..
hantaran 6000 ya untuk pertunangan dah settle, sik perlu gik 6000 ya ahha..
ReplyDeletesikda hantaran gik nak???
samalah kita..lak aku tyk PA aku..c mona ya..start knk tok lah ko survey suma ya..p bgs mun g Agnes..ema mdh package cya bgs.p aku pun budget lain..lak aku tulis dlm blog aku k..heheh
ReplyDeleteerol: pengesahan bujang and dara ada ka?nang ada?eheheehhe.cne nok oleh ya?
ReplyDeletefayzal: rm6000 ya "WANG HANTARAN" la,bukan barang hantaran...ape ar~~
aerynz: aku xmok havoc2..
agnes bukan mahal ka?
kmk org miskin x mampu k mahal2..ahahha
walaupun time nak nikah lak mok nge"vogue"2, kehidupan selepas kawen pun mok kira...
xkan lepas majlis ya trus nak makan pasir..
xmok ku...biar cukup time wedding n after dat.
btol x erol?
ya baruk topik...huh..panas2..dah x saba mok kawen tok ka..hahah..apapun all the best..semoga majlis ktk kelak ok2..meriah...hehehe..
ReplyDeletezeldritch: bukan x saba mok kawen..juz utk pengetahuan org yang x berhati2 dalam menentukan bajet.. jgn la terlalu kecik n jgnla terlebeh2 sudah jak..ehe
ReplyDelete